Wednesday, November 4, 2009

sesungguhnya...

sesungguhnya..
ana juga hanyalah seorang hamba ALLAH
yang kadang kala semangat memberi kata dorongan kepada orang ramai..
yang kerap kali melontar senyuman memberi harapan kepada ramai..
yang bergurau senda menghibur semua..
yang kelihatan tenang bagai tiada gelora di hati..


sesungguhnya..
ana selalu berharap bahawa hari esok akan sentiasa lebih baik dari hari ini
kerana ana tahu amat beruntunglah mereka yang memiliki hari yang sebegitu
dan rugilah mereka yang memiliki hari esok sama seperti hari ini
serta celakalah bagi mereka yang esok lebih teruk dari hari ini..


sesungguhnya..
ALLAH lebih mengetahui yang terbaik buat kita..
itu yang pasti..


tapi,
itu tak bermakna kita harus bermuram durja mengenang yang sedih..
mengenang yang lalu..
yang telah tiada..
kerana untuk mendapat yang abadi..
yang lebih sempurna di akhirat sana
yang sementara disini perlu ditinggalkan..
kerana
yang indah dan sempurna disana terlalu mahal harganya
dan tak mungkin dimilik tanpa pengorbanan
walau pengorbanan itu mungkin menyakitkan
mungkin juga menyedihkan
malah boleh juga menyebabkan hilangnya seri di hati..


tapi,
yakinlah...
selepas hujan sipelangi pasti akan menceriakan hidupmu
kerana ALLah lebih mengetahui yang terbaik buat setiap hambaNYA..
kerana ALLAH itu MAHA MENGETAHUI..


maka,
yakinlah!!


p/s: buat yang membaca, kalau sudi tinggalkan sedikit kata2 semangat.. (^^,)
buat tatapan bila hati mula tergelecek dari landasan...


No comments: