Tuesday, May 5, 2009

Jom makan cara nabi kita..

Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahh... dah lama kan ana tak menjenguk ke blog ana ni. Kepada yang rindu(harap-harap ada la..hehehehe..) pada coretan ana, maafla ye. Maklumlah sibuk dengan imtihan hujung-hujung semester ni.

Oklah, imtihan baru sahaja habis tadi, jadi kita tutup buku dulu dan jom makan puas-puas habuan lepas exam. Hehehehehe... Eyt, tahu tak? Makan pun boleh dikira ibadah tau.. Boleh tambah pahala. Macam mana? Hhhmm.. dengan amalkan makan cara nabi..(^^,)

Kalau ana sebut petua pertama, mesti semua orang pernah dengar dan tahu.. Tapi, ana nak sebut juga..(^^,) Pertama, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kenapa? Sebab, sebenarnya, perut kita ini dibahagi kepada tiga bahagian. 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk udara. Apabila kita makan dengan kadar yang cukup-cukup sahaja, tidak lebih dan tidak kurang, badan kita tidak akan letih mahupun lesu. Badan letih apabila kurang makan, badan lesu pula apabila terlebih makan. Apabila badan lesu, mulalah berat badan berat mata. Lepas tu, bomm... kita pun jatuh tersungkur tidur diulit mimpi.. huhuhuhu... kan tak elok tu.. Apabila kita tidur selepas makan, protein dan karbohirat yang kita makan tadi akan berkumpul disekitar hati dan membentuk kolestrol(kalau salah, tolong betulkan eh..). Hah.. lepas tu, penyakit pun datanglah. Bagai dipanggil-panggil pula, datangnya penyakit jantung, lelah dan sebagainya.

Ok, petua kedua, mulakan makan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran dulu. Bukan makan salad lepas makan nasi. Itu cara orang barat. Tak betul tu.. Kalau kita makan sayuran atau buah-buahan selepas makan makanan berat, sayur-syuran dan buah-buahan itu tidak akan dicerna dengan sempurna.

Sebelum terlupa, jangan lupa mulakan dengan membaca doa makan.(^^,)

Lagi, kalau ikut sunnah nabi, nabi akan hisap hujung jari-jari selepas makan. Amalkanlah.. Mula-mula memanglah nampak macam pelik dimata orang, malah dimata kita sendiri.. tapi, nanti ia menjadi tabiat yang bukan sahaja baik untuk kesihatan tapi baik untuk saham pahala kita. Malah, bukankah mengikut sunnah itu bukti cinta dan kasih kita kepada Baginda.. kan? kan? kan? (^^,) Menurut kajian saintis-saintis barat sendiri, amalan menghisap hujung jari selepas makan itu sebenarnya baik untuk proses penghadaman.

Nabi juga, ajar kita cara minum air. Minum air dengan tiga kali teguk sahaja dan setiap teguk dengan sekali nafas sahaja. Amalan yang ni, ana sendiri pun masih sedang cuba amalkan. Hehehehehe... Mungkin ada yang akan berkata," Tak tersedak ke?" Hehehehe... taklah.. Macam ni, tegukan yang pertama, taklah banyak sangat.. tapi, air dari tegukan pertama kalau tak salah ana, kena kemam dalam mulut buat seketika. Khasiatnya, asif(maaf) ana tak ingatlah.. huhuhu... Tapi, memang turut diakui saintis barat, baik buat begitu. Tegukan yang kedua pun lebih kurang kuantitinya dengan tegukan yang pertama. Lepas tu, habiskan semua minuman dalam cawan ketika tegukan yang ketiga. Hhhmm... lebih kurang macam itulah.. Kalau kurang jelas penerangan ana, boleh rujuk pada yang lebih pakar rasanya.. (huhuhuhu... ana sendiri tak mahir sangat). Merujuk pada kenyataan ana tentang setiap teguk hanya satu nafas sahaja itu juga perlu dijaga. Itu sunnah nabi. Kenapa? Sebab, bila kita bernafas, kita melepaskan gas karbon dioksida dan wap air serta gas-gas lain yang tidak badan kita mahu. Jadi, kalau kita bernafas ketika minum, yakni melepaskan nafas kedalam cawan atau gelas yang kita minum, ibarat kita menyedut kembali gas-gas yang telah dibuang oleh badan kita. Hhhhmmm... tak baik untuk badan dan kesihatan kita kan..


Lepas dah makan, jangan lupa berhenti sebelum kenyang pula. Dan akhir sekali, jangan lupa baca doa selepas makan. Tanda syukur dengan nikmat makanan dan kenyang yang Allah beri kepada kita hari ini.

Burrkk... Alhamdulillah(^^,)

1 comment:

Kuda Perang said...

Assalamu alaikum.
Bagaimanakah kiafiat hisap jari selepas makan ikut cara Rasulullah SAW?