Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah
hari ini
semalam
dan
esok
ana terus-terusan bahagia
itu antara anugerah Allah kepada ana tanpa lupa
Alhamdulillah
^_^
Ramai yang pelik melihat ana bahagia
Malah
ada juga yang kurang senang
tapi,
ana memilih untuk terus bahagia
Bagaimana mahu terus-terusan bahagia?
Pelik melihat ana bahagia barangkali
Ramai juga cuba mengorek rahsia hati
setelah mendengar cerita hidup ana
tiada yang istimewa pun
malah
masalah tetap beratus
mungkin beribu...
ana sendiri kurang pasti
kerana bagi ana,
masalah bukan untuk dihitung
tetapi untuk diselesaikan
jika tidak mampu diselesaikan lagi,
biarkan dulu
mungkin belum masanya untuk diselesaikan
dan biarkan ia terus begitu
kerana
Allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk selesaikannya.
masa itu pasti tiba
Yakinlah!
*kuasa yakin sangat hebat! Percayalah!*
Ramai juga yang terlupa
bahawa bahagia itu adalah satu pilihan
Ya!
Satu pilihan yang selalu dilupakan orang
Pandanglah setiap yang terjadi dalam hidup kamu sebagai satu kebahagian
Walau jauh tersesat waktu sedang memandu
Pandanglah ia sebagai satu latihan memandu yang Allah sediakan dicelah-celah kesibukanmu
Walau dikelilingi oleh orang-orang yang berwajah kelat
Pandanglah ia sebagai satu peluang untuk mengenali lebih banyak ragam
persediaan untuk mendidik generasi hadapan
yang pasti lebih mencabar
pandanglah segala pancaroba
segala derita
segala keserabutan
dengan seribu cahaya positif
dan
anda akan tersenyum
walau kurang seri senyumnya
tapi, anda akan terus memilih untuk senyum
^____________^
insyaAllah
jika bukan hari ini sinar positif itu ditemui
yakinlah!
Allah lebih tahu yang terbaik buatmu
dan Allah lebih tahu
bila masa yang sesuai untuk kamu ketahui hikmah disetiap cubaan dan dugaanmu
dekatkan dirimu dengan Allah
dekatkan dirimu dengan orang-orang yang dekat dengan Allah
dekatkan dirimu dengan bahagia
kerana
bahagia itu tercipta dari hatimu
berbahagialah
kerana bahagia itu sudah ada
hanya mahu atau tidak sahaja
lupakan derita
fikirkan bahagia
derita bukan untuk ditangisi
apatah lagi diratapi
tetapi untuk diselesaikan
Tenanglah!
dan mulalah berfikir cara selesaikan derita dan masalahmu
lantas bahagia itu akan semakin memekar
kerana bahagia itu ada dalam hatimu selalu
insyaAllah
selamat berbahagia duhai sahabat
^_^