Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah
hari ini, kita sampai pada hari kebesaran kita umat Islam
yakni
Aidiladha
Hari bersejarah
Hari pengorbanan
Apa makna korban dalam hidup antum?
Korban marah dan jadi pemaaf?
Korban ego dan menyulam kasih sayang?
Korban harga diri demi sebuah ukhwah?
Moga korban kali ini membawa seribu erti dalam hidup kita
Andai ada salah silap ana
Ana mohon maaf semaafnya
dalam sedar atau tidak
kata-kata ana kadang-kadang bisa mengguris antum
Namun,
ketahuilah
teguran dan nasihat ana
tiada erti lain
selain ingin kalian terus cantik dan anggun dimata Allah
agar
suatu hari nanti
kita bersama menuju ke syurga Allah
insyaAllah
kerana
manusia itu bukanlah kejadian Allah yang sempurna
hanyalah
sebaik-baik kejadian
dan
itu jugalah ana
moga korban kali ini
segala ego dan amarah turut dikorbankan
insyaAllah
No comments:
Post a Comment